TOPIK5: PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa sejarah atau titik permulaan.Ianya adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu,kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India,Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat,.Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh ‘peradaban globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks
Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah,satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan.Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara,Pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya.Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa.Oleh itu,pembinaan bangsa menyusul,antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya.Dalam konteks ini telah wujud beberapa’Bangsa Idaman’ yang menguasai wacana politik di Malaysia.Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas,penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti.Kebaikkannya perlu dimakmurkan dan dmanfaatkan oleh rakyat negara ini.Keburukkannya perlu dihindari dan diatas sebaik mungkin.untuk berjaya,kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupaya kerohanian mahupun yang berupaya intelektual atau keilmuan.SEJARAH KEWUJUDAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Sebelum wujudnya
masyarakat majmuk di Malaysia, Tanah Melayu yang
merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan
tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang
daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Corak penempatan penduduk masa kini
telah ditentukan pada zaman perkembangan colonial dan eksploitasi orang British
di semenanjung Malaysia. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah
Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada
pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke
Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu
akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru.Ianya telah menyebabkan
wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Masyarakat majmuk ini terdiri daripada
kaum melayu,kaum cina dan juga kaum india.
SEJARAH
SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SEJARAH DI ALAM MElAYU
1)PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU
Amri Marzali
(2017) menyatakan Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh
masyarakat yang berbudaya Melayu.Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada
penduduk Asia Tenggara,khususnya Gugusan Kepulauan Melayu.Bahasa Melayu menjadi
Bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara
berkenaan.Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing ,masyarakat
dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khusunya terhadap pengembangan
Bahasa Melayu.Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai
Bahasa dan budaya.
2)PERADABAN ASIA (INDIA,CINA,TIMUR TENGAH)
Perkembangan
peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di
Malaysia.Kedatangan masyarakat India,Cina dan pedagang Arab dari Timur Tengah telah
membawa kepelbagaian adat dan budaya dan pegangan agama.Kedatangan orang India
dan Cina ke Malaysia adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk
pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi.Peradaban Asia seperti peradaban
India dan Cina yang ada di Malaysia masih tidak banyak berubah secara
keseluruhannya menurut acuan tempatan.Sebagai contoh adat resam dan tabiat
pemakaian Bahasa ibunda masih dikekalkan dari generasi ke generasi.
Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama.Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam Melayu ini.Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.Peradaban Barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan yang mempunyai perstij di alam Melayu ini.Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan,kewujudan masyarakat majmuk ,perubahan dari segi budaya,kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrastruktur di bandar seperti jalanraya,keretapi,telefon,telegraf,elektrik dan bekalan air bersih.
4)PERADABAN GLOBALISASI
Globalisasi menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia diseababkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat.Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan,perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa.Chandra Muzaffar (1998) telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi iaitu :
KEBAIKAN GLOBALISASI
· Peranan
pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di
sebilangan negara.
· Peningkatan
mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.
· Peluang
yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan
impak daripada teknologi baru komunikasi dan maklumat.
· Komunikasi
yang lebih mudah dan lebih murah.
· Peluang
yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik,budaya dan
agama berinteraksi.
· Peluang
lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap
mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tagedi buatan manusia di seluruh
dunia.
· Penonjolan
idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam,
peraturan undng-undang dan hak-hak asasi manusia.
· Penonjolan
hak-hak asasi kam wanita.
KEBURUKAN GLOBALISASI
· Kualiti
alam sekitar yang semakin merosot aibat terlalu mementingkan factor keuntungan.
· Pembangunan
yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara
kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
· Pengabaian
keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara.
· Pembajiran
maklumat yang tidak berguna.
· Pengantarabangsaan
jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.
PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957
merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa-bangsa negara..Pihak berwajib
perlu memainkan peranan mereka agar ruang-ruang memecahbelahkan keamanan negara
bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga berlakunya rusuhan.Dalam
merangka,merancang dan memahami pembentukan identity ini,wajar bagi setiap warganegara
untuk memahami dan mengenali negara bangsa yang beridentitkan Malaysia melalui
kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini.Peradaban beridentitikan
Malaysia mestilah suatu peradaban yang mempunyai identiti kukuh.
KONSEP NEGARA DAN BANGSA
Takrif negara dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah frasa negara merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan.mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan manakal frasa bangsa merujuk kepada suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya ,fahaman,agama dan Bahasa tersendiri.
"Pengertian negara secara umum yaitu suatu daerah tertentu,yang ditempati oleh sekumpulan orang. Dikelola orang seorang pemimpin yang diakui oleh bawahannya sebagai pemilik kedaulatan."
KONSEP NEGARA
Konep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar.
KONSEP BANGSA
Bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya
seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia .Bangsa
adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan
besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
· Kehidupan
masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatupadu tanpa berlaku pemisahan
wataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.
· Berpegang
kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol keutuhan
seperti bendera Malaysia,lagu kebangsaan,Rukun Negara dan sebagainya.
· Semua
bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
· Setiap
warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem
pemerintahan dan undang-undang negara.
KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
Usaha kearah
mencapai konsep sebenar negara bangsa perlu diberi keutamaan agar penyatuan
masih berjalan dan terus diberi perhatian supaya hasrat untuk menjadikan satu
negara hanya mengandungi satu bangsa dapat dicapai.Kemajmukan rakyat Malaysia
daripada pelbagai budaya,agama dan Bahasa telah menjadi perkiraan asas dalam
negara ini untuk terus utuh sampai bila-bila.Penubuhan parti Perikatan Umno-MCA-MICdan semangat permuafakatan kaum
adalah acuan pertama yang terbina hasil daripada kemahuan bersama rakyat yang
mahu memerdekakan negara daripada penjajah Inggeris.Maka perpaduan negara
menjadi matlamat utama dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Negara dan pembentukan negara industry,demokratik dan progresif melalui Dasar
Wawasan Negara.
Acuan kedua adalah melalui
pembangunan ekonomi negara yang diikat dengan falsafah pembangunan ekonomi yang
adil antara kaum,golongan miskin dan kaya,kawasan desa dan bandar serta
perbezaan wilayah. Dengan terbina ikatan diantara rakyat pelbagai budaya ini,
ia akan dapat menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di
negara ini serta dapat berjalan secara berterusan.Matlamat akhirnya adalah
untuk memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat
diurus dengan baik dalam proses kerangka negara dan bangsa Malaysia.Pemahaman
dan penghayatan prinsip Rukun Negara akan membantu dalam merealisasikan
kesinambungan dan kemakmuran hidup dalam negara yang aman damai dan sejahtera.
USAHA KEARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
·
Melaksanakan
sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk
semua jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan yang seragam.
·
Menjadikan
agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan menjadi salah satu teras dasar
pelaksanaan dasar negara bagi merealisasikan matlamat dalam memupuk perpaduan
kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan.
·
Menerapkan
nilai jati diri,budi bahasa dan seni budaya dalam tajuk-tajuk mata pelajaran
yang bersesuian.
·
Memperkenalkan
mata pelajaran berkaitan negara bangsa di peringkat rendah dan menengah
bertujuan memberi kesedaran dan keharmonian antara kaum.
·
Melaksanakan
beberapa aktivit bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan seperti
perhimpunan bulanan, sambutan bulan kemerdekaan serta kibar Jalur Gemilang dan
lain-lain.
·
Memupuk
dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta bangsa sebagai rakyat
Malaysia.
KEPELBAGAIAN IDEA ‘BANGSA IDAMAN’
Sebelum Merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonomi,sosial dan budaya masing-masing.Apabila Malaysia telah menacapai kemerdekaan,keinginan kolektif untuk mempunyai suatu ‘identiti nasional sepunya’ atau sebuah bangsa tetap diteruskan.Selepas DEB diperkenalkan,beberapa idea mewujudkan “bangsa idaman” terhasil melalui pemimpin-pemimpin negara seperti idea Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020 hasil cetusan idea Tun Mahathir Muhammad.Ketika Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran, beliau memperkenalkan Gagasan 1Malaysia sebagai “bangsa idaman” pada era beliau.Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum dinegara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan kelompok bangsa masing-masing. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara, kesepaduan rakyat dan kemajmukan negara dapat dicapai. Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungannya demi meningkatkan tahap daya kemakmuran dalam sesebuah masyarakat majmuk. Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara langsung atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.
SUMBER RUJUKAN
(INTERNET)
1. .https://www.romadecade.org/pengertian-negara/#
2. https://anyflip.com/ktufj/vjtw/basic
Comments
Post a Comment